Tottemo ♥Daisuki♥ Doraemon

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama


Hari ini, hari pertama persekolahan bagi sesi 2013, hari pertama juga bagi mereka² yang baru nak kenal dunia (a.k.a budak berumur 6 & 7 tahun) yer lah....hari ini, hari pertama mereka ini masuk alam baru. Bagi adik² (er....adik² ke~? ke taraf anak² dah~?? hahaha LOL) yang pertama kali ke tadika, atau pertama kali ke darjah 1, atau pertama kali merasa pengalaman baru di sekolah, tahniah diucapkan. Semoga kalian akan terus gigih dan berusaha belajar bersungguh², menjadi insan yang cemerlang & terbilang kelak. Amin

Bila sebut² pasal hari pertama persekolahan, aku teringat sewaktu hari pertama persekolahan aku juga. Hurm...ingat² lupa sebenarnya. Tapi seingat aku, aku takde la sampai menangis², takde la sampai Mak Ayah nak kena tunggu kat luar kelas sampai habis waktu persekolahan, takde la pula aku nak dok tersedu² kat corner bilik darjah. Kira aku ni kecik² dah tuff la. Siap "bye² ayah.....bye²~~" Hahaha terbalik kan...sepatutnya ayah la bye² anak yang dok dlm kelas, ini aku plak bye² kat ayah.

Tidak, sebenarnya.....kenapa aku tak menangis? Kerana boleh dikatakan suku dari budak² dalam kelas tu kawan² aku sama masa di Tadika Kemas Perpaduan Pandamaran Jaya. Jadi aku takde la rasa sedih ke....nak nagis ke...sebab dah kenal dengan budak² sekeliling. Haha

Kenapa Mak Ayah tak tunggu kat luar kelas? Waktu itu, ayah masih bekerja di Pelabuahan Kelang, Oleh itu, lepas ayah hantar aku kat sekolah dan daftar kat Kelas 1 Hijau *tak ingat plak bigBro aku waktu itu camner~~haha* ayah kena pergi keje. Tak macam sekarang, MakAyah nak kena amik cuti untuk daftar anak. Mak plak busy dengan urusan di rumah, dengan adik² yang masih kecik² lagi waktu itu...mmg takde masa la nak layan anak dia yang ini kan~~~*menjadi anak kedua...pandai² la survive~~* Tapi sebelum ayah keluar dari kelas, ayah sempat b'pesan dengan cikgu "Cikgu, anak saya ni kecik & rendah, tempat duduk dia saya minta tolong sangat dapat la kat depan sekali" Yer.....aku mmg dok depan sekali dalam kelas. Haha....dan pesanan yang terakhir sekali sangat best "kalau anak saya ni nakal², tak mau dengar cakap, cikgu rotan aje...saya benarkan, saya tak kisah" haaaahahaha~~ dan pesanan ini juga la ayah bagitahu kepada setiap cikgu kepada anak² dia yang lain.

Memori hari pertama persekolahan aku takde la tragik sangat kan~~. Memori masa tadika tragik la juga...tapi kategori suam² tragik. Masa ayah hantar untuk daftar aku kat tadika itu, ayah bawa Ain sekali. Waktu tu ain b'umur 3 tahun *yer, aku bertadika 2 tahun dari umur 5 tahun. Mungkin MakAyah tak larat nak jaga anak ramai² la tu....tu kena masuk tadika awal~~hahaha* Ain kecik aje. Ayah bawak kami naik motor. Masa kali pertama jejak kaki dalam tadika itu, Aku pegang hujung baju ayah tak nak lepas², selepas urusan pendaftaran selesai, tiba² cikgu tu tarik tangan aku, bagi ayat pujuk² dengan senyuman...aku toleh belakang tgk ayah jalan berundur sambil dukung Ain...dan dah sampai pintu~? *bila t'ingat balik mmg lawak~~hahaha* Aku jerit "Ayah~??" cikgu pun pujuk² lagi. Takde la menagis tapi air mata bergenang² la juga. Mata berkaca²~ haha...bila dengar bunyi motor ayah, aku pun terus berlari ke tingkap dan jerit "Ayah~~Ain~Ain~~AIN!!" sambil lambai² tangan. Series lawak......berdrama bukan main lagi. Sedang kan kalau kat rumah...Ain itu adalah mangsa buli aku ngan Apis~~hahaha..tapi  sampai situ aje la berdrama pun. Lepas² tu aku pun lupa segala yang sedih² sebab leka.... almaklum, tadika itu ada banyak mainan~~~hahaha




p/s: SELAMAT TAHUN BARU 2013

Random: Masuk tahun baru, umur b'tambah lagi satu tahun


Mood: Ngantok lah~~~ zzZZzz~~
Today's Song: Koe Wo Kikasete from BigBang 

2 comments:

missgee said...

Comel aje ayat nie,

"Cikgu, anak saya ni kecik & rendah, tempat duduk dia saya minta tolong sangat dapat la kat depan sekali"

Series aku tersenyum..
hehehe

HaZiFah said...

kecik & rendah >> hakikat~~ haha =)

Dari sekolah rendah, sekolah agama... sampai la menengah...aku mmg seorang pelajar yang duduk d'barisan depan sekali...kalo tak row depan, row 2nd depan...

tapi itu pun boleh aje aku tdo² dalam kelas...tdo² waktu cikgu mengajar kat depan pun penah~~haha