Tottemo ♥Daisuki♥ Doraemon

Sunday, October 31, 2010

Tahniah buat Beliau [Part2]

Mari cerita pasal kisah d'sebalik tabir lak. Hehehe

Pagi semalam, sejurus pas sampai di GMI itu, langit mendung dan seketika kemudian terus hujan lebat selebatnya la...dah la design antara bangunan kat GMI tu takde susur gajah~~tempat agak baru...jd menda² cmneh maybe mereka tak terpikir lg la kot tuk tmbh. Dlm hujan lebat tu, Aku, Apis ngan K.Anis layan bihun goreng Cina+KueyTeow kat kafe kat bangunan akademi mereka. Dan Najib lak, t'paksa tahan lapo sbb tak bleh nk bg roti kat dia waktu tu *maybe Apis bg kat dia masa lam dewan..huh selamba mkn ye kamu masa tgh org bg² diploma~* Majlis konvokesyen mereka mmg tiada pesta² cm U lain. Pesta? hah tu la maksud aku Pesta Konvokesyen *kalo kat UM panggil Festival Konvokesyen* U lain aku tak tau panggil apa. Di pendekkan cerita. Mmg takde gerai² jualan langsung...yg ada cuma itu la...org jual bunga *di mana aku rasa agak mahal berbanding harga bunga kat konvo UM* Suma manusia yg ada mmg serbu kafe itu semalam. Kiranya, peratusan keuntungan tahun ini bg kafe itu adalah t'tggi kot semalam...hehehe

Kunun²nya cuma boleh 2 org aje masuk lam dewan itu...aku yg ikut aje lurus bendul tentatif lam surat tu, tggu la mereka² ini habis b'konvo kat kafe itu...dan series...bosan!! korg bayang'n...selama 2jam itu aku tercongok sorg² kat kafe tu melayan rancangan memasak astro kat tv...sejurus pas 2jam tu dpt lak sms dr Apis kata bleh masuk sbb org ramai kuar masuk. Hah ni satu lg...org² ini tak paham agaknya..dok kuar masuk dewan..tak tunggu sampai majlis selesai...huh..tp aku berjaya juga menyelinap masuk dewan..dan layan la sekejap majlis tu...yg paling menarik perhatian aku, penerima anugerah paling cemerlang GMI tahun ini. Seorg perempuan. Selain dpt anugerah, beliau juga dpt duit saguhati berjumlah RM3K...Korg tau tak populasi perempuan kat GMI tu sgt la sedikit. Majoriti lelaki. Dan korg bleh kira dgn jari aje berapa org perempuan dalam satu² jurusan. Aku mcm tersenyum bila k.Anis wat ayat "Last² perempuan gak yg dpt terbaik..kan? " hehehe ~~projek akhir tahun beliau juga dpt projek terbaik kategori jurusan. Dan kumpulan projek beliau dapat RM2K sebagai saguhati...wah~~mnyk juga GMI dpt sponsor. Mana taknyer. Setiap projek terbaik mmg akan dapat sponsor duit saguhati dari syarikat yg besar² juga. Setiap pelajar yg cemerlang pn dpt duit saguhati.

Lepas habis majlis itu. Aku pn paksa encik Najib ini bergamba. Punya la mula² beliau takmo pegang bunga yg kami beli tu? "Apa ni...muka ganas pegang bunga? hish.." kami kata "Pegang!!! Beli tuk ko. Tak kira..Dh² jln² jom amik gmba" hahhaa dan mula sesi amik gamba lak. Nak tak nak. Beliau kena begamba juga ngan bunga tersebut. Aku? korg pn tau aje la bila aku jdk tukang-amik-gamba cmner kan~~ suh posing cmni..posing cenggitu...hahhahaha


Ini antara yg aku suh mereka posing. Cmner ayat mereka? "Nih hapa lak nk posing ngan bunga² ni? Alahai~~muka ganas ni..." tp kamu semua senyum juga kan? Dan aku paling suka gamba ini

Selepas majlis itu, cuaca bertukar sgt cerah ceria. Panas. Dan oleh kerana GMI tu br berusia lbh kurang 2 tahun kat Bangi, pokok kurus² lg. Tak berapa rendang..dan tempat² tuk amik gmba pn terhad. Cm takde menarik langsung. Taman² ke mmg takde sgt...dan perlu la kan GMI tu suh suma pelajar memulang'n jubah hari itu juga? Hahahaha giler ekspress...kalo cam aku dulu siap bleh bwk blk kg, begamba ngan adik² yg tak dpt p konvo aku...tp itu la...setiap tempat lain caranyer...tak sama....

Bila beliau dh jumpa ngan geng² beliau, mmg la lama...dan gamba paling mnyk adalah gamba beliau ngan kwn² beliau saje. Gamba kami bersama beliau?...cuma 5 keping aje? huh...takpe la...at least ada la juga. Itu pn nasib baik la aku t'igt tuk amik gamba berempat sebelom dia nk pulang'n jubah smlm...kalo tak...takde la gamba berempat~huh




p/s: Siap smbung ke Part2...panjang kan~~...hehehhe layan~~

Random: Mana hosmate aku nieh? Tak smpi² laie? Dh kol berapa nieh?


Mood: Ngantuk dah~~
Today's Song: Kimitte from Kana Nishino *berapa kali ulang dah? tak igt*

[+] Kalo berani expand la....

Tahniah buat Beliau [Part1]

Tahniah buat encik Muhammad Najib Bin Mohd Nasir di atas majlis konvokesyen beliau di German Malaysian Institute, Bangi semlm. Selamat sudah beliau memperolehi segulung diploma...moga² beliau dpt menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda dan tinggi lg pada masa akan datang. InsyaAllah. Cita² beliau, jika ada rezeki, untuk menyambung pelajaran di luar negara. Bukan di German, tapi..."Jauh lagi Kak. Seberang dunia plan Nak merantau ni" bak kata kawan beliau yg bernama Faris. Seberang dunia belah mana tu...aku pn tak la pasti kan~~kamu nk ke Euro ke? hahahha Ya la. Aku doa'n agar cita² dan impian kamu semua tercapai. Amin. Tapi andai kata rezeki kamu semua tuk sambung dlm Mesia...ok juga...U lam Mesia ni pn ok juga....nnti takde la aku dok dengar ayat "Igt seronok ke belajo kat sini? ha? " ini kata² hikmat dr cikAin suatu ketika dulu². Sekarang kata² hikmat dia sudah b'tukar menjadi "Igt seronok ke keje cmni ha? " hehhehehe


Najib (kiri) bersama kwn baik beliau: Faris

Apa² pun. Bagi setiap insan itu, InsyaAllah, ada rezeki masing² yg telah d'tentu'n olehNya. Akhir kata, moga cita² kamu semua tercapai.....dan.....bila dh gaji beso² sok jgn lupa hutang ko ngan aku wei...hahahha kata janji nk bayo triple kan~~~



p/s: Smlm berboling kat Alamanda kol 11 mlm...then g berwayang lak smpi kol3 pagi...giler btl la kalo ikut pala otak abg aku yg sorg tu~~hishh

Random: Kenapa aku rasa sgt syahdu bila dgr lagu Kimitte dr Kana Nishino? Tiba² t'igt kat Sumarlina.Suhaimi ngan Hasmuni.Mahmud~~


Mood: Sakit tulang belakang, sakit tgn kanan, serta rasa kemalasan *complete set*
Today's Song: Kimitte from Kana Nishino *lagu pasal friendship*

[+] Kalo berani expand la....

Wednesday, October 27, 2010

Kame-kun and Neko-chan [Part1]

Mari layan cter kisah yang tak seberapa dongeng.....

Pza-chan's Production....presenting~~!!!!
Jaaaaaa...Janggggg!!!!
Kame-kun and Neko-chan *drumroooollllsss~~~*




......to be continued.......



p/s: Kame == Turtle; Neko == Cat

Warning: Segala hakcipta gmbo kat atas adalah hakmilik harta persendirian Pza-chan @ hazifah


Mood: Ngantuk....w/pn hari ni dh terlalu mnyk tdo...kenapa ek?
Today's Song: Hatenai Sora from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Monday, October 25, 2010

Dia Muncul Lagi~~

Apa yg muncul lagi? Korg rasa² apa? Sorg hero Jepun? Sorg anak raja? atau sorg musuh? Owh..tidak² "Dia" d'sini aku rujuk kepada sesuatu benda yg abstrak. Apa lak menda alah abstrak² lak kan? Abstrak la...itu pn korg tak tau? Abstrak - sesuatu yg bleh describe ciri²nya tp kita tak bleh rasa atau sentuh zahir dia. Wah. Pandai lak aku memberi kuliah tak rasmi kat sini.

Eh~~melalut²

Sbnrnya benda abstrak yg aku nk ckp ni adalah "masalah"...hah betul tak. "Masalah" ni bleh kita kategori'n sbg abstrak. Kita sgt² bleh rasa masalah tu. Kalo berat masalah tu, berat la pala ni nk tanggung. Apa masalah yg aku nk ckp ni? Hah pasal "sistem" itu la. Apa laie? Arakian. Setelah lama tidak m'dgr kabar berita dr Syarikat cap"X" itu, Jumaat lepas, kami dpt la panggilan. Kata error, dan baki jdk kosong, short bnyk, dan ada lak bos Syarikat cap"X" itu kata nk tukar function+flow?

Okeh mari kita wat analisis masalah sedikit *atau lebih mesra korg panggil Problem Statement*
#1: Duit banyk short: Aku rasa bukan salah dr kami. Atau salah sistem itu. Tp salah tukang-pakai sistem tu. Dh tau waktu operasi Syarikat cap"X" tu smpi kol 5.30ptg. Napa plak ngan secara bijak serta pandainyer kamu wat proses akhir hari (tutup akaun) sebelom kol 5.00ptg? Dan ada lak sorg makcik ni tiba² nk wat transaksi, pd kol 5.15ptg? Kalo ikut'n flow sistem, tukang-pakai ni tak bleh dh nk wat apa² kecuali ckp ngan makcik tu, dh tutup kira². Tp d'sini nk d'tekan'n. Bahawa makcik td mmg tak salah. Yg salah tukang-pakai sistem tu. Bijak-pandai-genius-pintar serta hebat wat proses akhir hari sebelom kol 5.30ptg...herm...
#2: Tukar Function: herm...yg ini part aku yg terlibat...dulu² function sebenar, bleh wat pelanjutan sebanyak 2kali. Tp lepas aku dh buat 2kali, pengurus Syarikat cap"X" tu kata tukar wat supaya pelanjutan sekali sahaja. Ok...sbb waktu itu sistem dalam fasa development+testing, aku tukar flow dia. TAPI sekarang bos syarikat cap"X" tu kata nk tukar supaya pelanjutan bleh wat bnyk² kali. Apakah tujuan??~~aku pn kurang paham. Maybe dia nk bg lenient pd pelanggan² dia la tu.Tp bkn itu masalahnya. Masalahnya yg terlibat mnyk. Data dan calculation yg sedia ada, coding dr mnyk tmpt, notis² yg sedia ada......dan mana lg ntah yg akan terlibat nieh?..herm... Tp ini hold dulu. Kena diskusi ngan enZ dulu...herm...

Td Ifah dh g betul'n tuk masalah #1 tu...dan maybe kena wat sesuatu lak nk prevent menda² cmneh b'ulang semula. Aku rasa; dh sehabis daya dh pk apa error² yg tukang-pakai sistem tu akan buat. Dan dh sehabis daya juga kami set'n sistem tu nk elak'n supaya tukang-pakai sistem tu tak wat silly error...tp kalo cmnih la perangai tukang-pakai sistem tu, sistem hebat berbillion² pn bleh hangus cmneh...huhuhu



p/s: panjang kan aku bebel hari ni...layan~~

Random: Tak bleh gelak²...jangan GELAK!! sbb ada masker tepek kat muka...hehehe


Mood: turun>>>dan turun lg>>> mari layan Arashi~~
Today's Song: Refrain from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Thursday, October 21, 2010

Owh...Mata Ku....

Mata ku masih kurang sehat sepenuhnya.

Ada lg sedikit bengkak d'kelopak itu. Dan...dan² lak mata yg belah kanan ini cm pedih² 2-3 hari ini.
Herm...kalo dapat letak timun yg sejuk kat mata nih...pergh...nikmat la kot~
ATAU kemungkinan besar power silau mata aku nieh dh bertambah..itu la kot mereka rasa pedih...dan kadang² berair

-----------------------

Td aku telah berjaya menghabiskan semangkuk Soto dengan sup nyer yg MANIS. Ye...korg tak salah baca...sup dia MANIS...meh aku ulang taip sekali lagi: M.A.N.I.S...korg dpt bayang'n tak...sup tu...rupa sup..bau..bau sup...tapi bila makan, rasa MANIS...walopun begitu, aku berjaya makan ngan penuh kesyukuran...rezeki aku hari ini: Soto sup MANIS...hehehhe *err...walopun ada rasa sedikit cm menyesal sbb tak beli aje Bihun Sup Gunung Inas..td aku cm dh malas nk bejalan jauh* Aku yang tidak seberapa terre memasak nih pn buleh la lagi nk beza kan gula ngan garam..kalo aku bg Abi test antara gula ngan garam pn insyaAllah, beliau bleh bezakan....hehehhe Eh....jap..jap....Abi...kamu bleh bezakan kan? kan? Owh...korg tak kenal sape Abi? Beliau adik perempuan aku yg paling bongsu, br darjah dua....dan tidak suka makan nasik....korg agak² apa aje Abi suka makan?
errr....hehehe *ini gmbo masa umo beliau 5-6 taun kot*


p/s: Saje aje nk update rekod perubatan mata aku sebenarnyer..hiks~♥

Random: Esok Melaka CUTI~~!!!! Aku selaku anak jati Melaka bleh tak kalo nk declare cuti sendiri² juga? hehehhe


Mood: la.la.la.tralalallallalaala okeh...jom tdo
Today's Song: Hatenai Sora from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Sunday, October 17, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, selepas arakian bumi KeyeL ini panas+kering+kontang, tadi hujan pun turun tuk membasahi tanah+daun serta menyejukkan cuaca malam ini. Malam ini nyenyak la hakak tdo dik non!!! ditambah lak br pas telan ubat yg mmg sedia maklum pasti akan tdo ngan jayanyer...hehehhe


Mari kita cerita kisah 1001 malam plak:
Arakian tersebut la kisah sebuah kawasan kediaman yang di diami oleh pelbagai peringkat usia, jantina, pekerjaan dan tidak kira la bujang atau berkeluarga. Lantaran sedang penduduk sekelian asik berkipas² kerana kepanasan sebab hampir seminggu tidak hujan, tiba² penduduk di situ terdengar satu suara yang agak sumbang..*opps...pembetulan di sini...bukan "agak" tapi "memang" sumbang pn* Mengalunkan irama yg sumbang: ".....♫♪Waktu engkau♫♪ ku lupakan....♫♪♫♪Dalam kemarau panjang.♫♪♫♪..." dan lantaran sejurus habis satu album LeftHanded itu mereka alunkan, terus hujan turun dengan lebat. Pada pemikiran ku yang pada ketika itu sedang memasak bubur di dapur..."Owh..adakah kebetulan atau mmg seperti Katak yang berjaya memanggil hujan? "

Okeh...maaflah jika kisah 1001 malam itu agak keterlaluan...tp korg bayang'n la..tgh korg dok b'panas²..tiba² ada lak golongan yg menambahkan lagi kehangatan suasana itu...kalo nyanyi suara persis Nash ke, Awie ke....sedap skit nk layan...hehehhe

Bercerita pasal katak, tahukah korg, katak la antara salah satu binatang yang aku kurang suka...okeh...bukan "kurang suka" TAPI "banyak tidak suka". Geli...euwwww sgt aku geli. Terkenang lagi....masa proses tuk angkat² almari lama untuk pasang tikar getah baru masa raya lepas, tiba² ada seekor katak yg ntah dtg dari mana jatuh kat tgn aku....terus "eeee~~~euwwww!!!!" *tambahan effect muka yg sgt geli smbil melompat²* 2 hari 2 malam juga aku jdk bahan adik²...ish~~Satu lagi yang aku banyak tidak suka kurang suka adalah cicak..korg dpt tgk tak apa persamaan antara 2 makhluk ni?



p/s: bnyk juga yg aku taip mlm² ni...herm

Random: sapa lak yg memasak mlm² buta nieh? ish~~


Mood: uhuk....mata masih ada baki² gatal~ tdo? herm...okeh~~
Today's Song: Dream Star from OST Skip Beat (Anime)

[+] Kalo berani expand la....

Wednesday, October 13, 2010

U.B.A.T itu

Asalkan aku telan aje ubat tu...tdo...asalkan tdo aje sbb ubat tu...asalkan ubat tu aje tdo...takde la lain....rasa pipi dh naik tembam dh ni. Mnyk sgt tdo...udah la pipi sedia tembam, ni menambahkan lak lg peratusan tembam itu~~~

Arakian, kat plastik ubat tu ada t'tulis: "PERHATIAN: Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk. Jgn bawak kenderaan...bla..bla...bla" Ikutkan hati, cm malas nk mkn ubat yg satu ni. Tp kang...tak sembuh lak...nk sembuh ke tak ni?? Ubat ni lak spesifik tuk gatal. Ish...ish...Sat td mak br tepon dan bg pesanan "Jgn tenyeh² lak mata tu~~" Aku jwb "A'ar~~tak..tak" tp jari dh nk hampir ke mata...sedia tuk d'tenyeh..hehehe

T'igt lagi....penah suatu ketika dulu² akak kaunter ubat tu ckp "Jgn risau dik...ubat yg ini tak mengantuk" *merujuk pd ubat selesema* Ah~ye la....sejurus aku mkn, dlm beberapa minit terus tdo...dan kalo ko tahan tuk tidak tdo pn...kompom, ko akan rasa cm zombie...rasa tak berpijak d'bumi yg nyata..harharhar

Tuk sesuatu ubat tu berkesan, kadang² mmg memerlukan kita tdo...supaya ubat tu dpt bekeje memerangi segala virus² yg ada lam badan dgn jayanyer..hehehe


----------------------

Pg td aku rasa sgt misteri, s'igt, aku ada taip sesuatu kat cikPah, dan siap tekan "send" lg...tp pas t/hari aku check blk henpon, takde lak menyatakan aku ada send apa² ke cikPah? Eh~~~lalok ke hapa aku pg td? Ke henpon ni yg dh bengong? ke line Celcom yg bengong? atau hasil kesan ubat yg aku telan? Herm.....



p/s: tonton.com.my mmg la "bagus" *I'm not exactly mean what I type in double-quote-notation...get what I mean huh? *

Random: Best sgt ke cter Chinta tu? Huh?


Mood: Panas mlm ini.....mata lak pedih~~
Today's Song: Ashita no Kioku from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Tuesday, October 12, 2010

Kerinchi dan Universiti

Mari kita update blog hr ini~~~

#1: Hari ini mata kiri aku gatal+bengkak+sakit. Kenapa? Owh itu aku sdiri pn misteri² juga. Tiba² kena. Okeh, tidak la secara tiba² Sebelum ni ia sudah terasa sakit tapi itu adalah 1-2 bulan yg lalu. Kendian, ia elok semula. Tapi kelmarin, entah kenapa, ia menjadi sakit dan terus bengkak...tadi sudah ke klinik....dan bila
Doktor yg comel itu: "Ubat ini nnti sapu kat belah dalam kelopak mata....bukan sapu kat luar"
Aku: "Sapu? kat belah dalam??"
Doktor yg comel itu: "Yer belah dalam"
Aku: "Owh titik cm eyemore?"
Doktor yg comel itu: "Bukan, ia mcm colgate"
Aku:

Okeh....aku nmpk seperti jakun pn ada, seperti bdk umo 4taun yg mnyk bertanya soklan pn ada gak.harharhar...series td...aku tak bleh nk bayang'n mcm mana la bentuk ubat yg doktor itu dok describe²....ini la ubat tuk mata itu:

Dan satu²nya soalan yg aku tanya kat doktor tu...yg m'buat'n aku terasa btl² soalan yg tak logik adalah:
Aku: "Boleh ke pakai ubat sapu tu kat mata? Tak pedih ke nnti? Mata tak merah ke?"
Doktor yg comel itu: "Tak...nama pun ubat mata~~" *ngan reaksi muka seperti: de~~budak-ni-tak-paham-bahasa-ke?*

----------------------------

#2: Kenapa td aku dgn tahap konfiden yg 100% bleh dgr "Kerinchi" seperti "Universiti"? Mungkin ini la akibatnya bila pala otak aku tak fokus...harharhar...leka dok menganalisis tudung Syria akak yg dok kat depan aku. 3 lapis? 4 lapis? *ahh~~ tak hingat dah* ... dalam pada aku dok wat analisis, tiba² akak tu pn bangun, bejalan ke pintu LRT nk turun....yg aku lak....bleh ngan sgt bijak bistari seperti t'dgr suara yg lunak itu berkata: "Hentian berikutnya, Universiti" dan ngan pantasnya aku pn ikut la akak td tu kuar...sedar² cikPah kat belakang aku smbl panggil "eh~~~Pza!!Pza!!" Aku yg tadinya leka, terbenti kejap. Tgk signbord "Kerinchi" dan aku: "Ehhh~~~???" dan ngan sgt pantas sekali, kami berdua pn masuk blk LRT tsbt...korg bleh bayang'n tak cmner situasi ini? Huiiiiii apek yg dok berdiri kat ngan pintu tu muka dia seperti mcm berkata "Apakah???"dan cikPah? Tahan gelak. Smpi kat moto br dia gelak²kan aku...Cis hampeh...sepanjang aku dok naik LRT sebelum² ni tak penah nyer aku salah stesen..walau ngantuk cmner pn, lalok cmner pn sblom² ni tak pernah la nk salah stesen.Kenapa mesti aku t'salah td? Adakah effect dr ubat yg aku telan? atau tudung Syria akak td itu yg salah? Herm....



p/s: Hari ini sepanjang hari aku terpaksa pakai spek...taknk bg habuk kena kat mata la kununnyer

Random: Mari kita subbed PV~~yeah!! *erk...buat keje ini wiken² aje cikPza oittt*


Mood: urh...gatal² mata lak
Today's Song: Dear Snow from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Saturday, October 9, 2010

Kenapa Mesti............

Kenapa mesti aku lupa untuk membeli..............



Ya...Ya....mentol lampu kalimantang untuk bilik air rumah ini? Arakian sudah hampir seminggu ia berkelip²...cuma tak ada muzik aje tuk menghangat'n lg suasana disko itu....harhahar Apa? Korg tak tau apa itu Kalimantang? Ish² dulu² skolah tak amik subjek Kemahiran Hidup kah? Hehehe... Itu adalah salah satu subjek kegemaran aku, Kemahiran Hidup ataupun lebih mesra korg panggil K.H...dan tajuk yg PALING aku suka adalah: Asas Kayu dan Logam...kenapa?....kerana aku suka jigsaw.....habis suma projek kayu budak² kelas, aku "jigsaw"kan..harharhar

Berbalik pada tujuan utama aku menaip hari ni:

Kenapa mesti lupa untuk membeli mentol tersebut? Aku dh siap wat reminder kat phone, still lupa. Pas turun dr bas, seperti biasa aku akan bejalan melalui deretan kedai *aku bleh tak t'igt pasal mentol bila t'pandang salah satu kedai itu: kedai-hardware-apek-cute...sgt la sengal aku rasa* Dan pas sampai kat blok sendiri, seperti biasa, akan check peti pos, dan menaiki anak tangga sehingga tingkat ke lima, bukak pintu rumah, bg salam *w/pn mmg pasti tak akan ada org yg akan jwb salam kita...tp aku d'ajar tuk m'beri salam gak tuk "penghuni" rumah kalo ada la kan~~urh scary lak~~hehe* dan kunci semula pintu....dan campak bag-pack aku , terus ke dapur tuk basuh tgn dulu *ini salah satu tabiat aku gak....pas kes H1N1 la kunun² nyer ini* sejurus lepas itu, baru la aku t'igt "ehhh~~~aku x beli mentol lagi..herm.." smbl garuk² kepala yg tak gatal....dan aktiviti seperti ini dh melarut sampai 5 hari...mula dr Senin ri tu smpi la ke jumaat s'mlm....herm...setiap kali pun....sama....tsk...tsk~~ *shook head*

Okay....HARI INI MESTI BELI MENTOL UTK BILIK AIR

-sekian-

p/s: Hari ini....kemalasan utk kemas rumah serta basuh baju....Masak? Bawang pun dah abis....herm...

Random: Hari ini 1 zulKaedah 1431 *dh abis raya :p hehehe*


Mood: m.a.l.a.s~~~

Today's Song: Dear Snow from Arashi

[+] Kalo berani expand la....