Tottemo ♥Daisuki♥ Doraemon

Tuesday, April 27, 2010

Tiada Update

Okeh~ takde apa update aku nk taip sejak dua menjak ni
Ye~ dh bersarang blog ni. Kalo sape² rajin mai la tlg aku sapu² habuk.
Hahahahha Sejak dua menjak ni agak kesibukan tuk update blog.
Dan dalam kesibukan aku ader la curik² wat pojek sedikit.
hah~~ pojek apa? ye~~ pojek baiiiiikkkknyeeerrr.
hehehhee.....kalo dh siap nnti aku post update sini yerk.
Tggu la biler dh siap


p/s: adakah nk kena g MidValley tuk carik spray varnis gloss?

Random: Ader org tu dpt kete baru!!! sape? yg pasti bkn aku la kan~
cikAin: "cmnih aku nk jual Bio-Aura gak la"
hahahhahha jual² jgn tak jual

Mood: ngantuk dah lak...huargggghhhhh~~ *opss...beso lak nguap
Today's Song
: PIKANCHI from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Thursday, April 22, 2010

Adakah?...Adakah?...Adakah?

Adakah aku akan seleseme?
Adakah aku akan batuk juga?
Adakah aku akan demam juga?

Terasa seperti suhu badan agak tinggi
Terasa seperti hidung gatal²
Terasa seperti sakit tekak
Badan tidak selesa



Random
: Agak sakit kepala juga.Huhu

Mood: Apakah mood aku hari ini? Apakah?
Today's Song: Size from Ohno Satoshi

[+] Kalo berani expand la....

Monday, April 12, 2010

Rilek? huh TAKdeNyer

Sape kata blk kg buleh rilek² tenang'n pemikiran serta badan? Mungkin setiap org lain² tp bg aku, tiap² kali blk kg, kalo tak kena kerahan tenaga mmg tak sah. Cuma kali ni kerahan tenaga buleh la dikategorikan sebagai suam² kuku. Aku cuma perlu kupas bawang putih 1/2kg, kupas halia 1/2kg serta meracik² halia tersebut tuk lauk 2 ekor kari kambing. Sib baik jari jemari hakak tak hilang tau~~


Dan Ahad nyer aku serta cikNabilah kn lak kemas gobok (sejenis almari kayu tuk menyimpan brg² makanan) kat ngan meja mkn. Kenapa? Sbb mak nk tukar bumbung+siling ngan kayu yg dh reput sbb anai². Yer... rumah tua mmg begitu. Mnyk sgt masalah~~sambil kemas gobok, sambil aku kena basuh bj + ampai bj. Letihks hakak~~

Hakak br smpi dr Kg hr ni Dik Non~~~

PuduRaya dh tutup selama 4 bulan onwards. Kalo sape² nk blk kg, sila la ke bkt Jalil.
Sesuatu pemandangan yg pelik td biler Puduraya tu sunyi sepi takde sebijik bas pn kat bwh platform. Series sgt sunyi...kiranyer kalo korg jerit dr Platform1, buleh la dgr smpi ke Platform24? Eh~~ Platform last sekali berapa? Hahahhaha

Td sblom aku nk tggu bas tuk blk ke Pantai Dalam, tiba²
AkakSesat: "Dik,tumpang tanyer" {tegur dr belakang}
Aku: "yer?~~" {sape lak panggil aku 'adik' ni?}
AkakSesat: "Nk tmpang tanyer, kalo nk naik bas ke bkt Jalil tu kat mana?"
Aku: "owhh~~" {hahaha nmpk sebaya je ngan aku ke muda lg ni?}
Aku: "Naik bas? Akak naik kat...bla...bla....lrt star pn buleh..bla..bla..akak naik...bas...sana..bla..bla...bla..saya pn br smpi dr bkt Jalil..bla..bla..bla" {lihat aku menggunakan 'akak' }
AkakSesat: "Tima Kasih yer dik. Akak naik bas je la. Tak biasa ngan kawasan ni"
Sian akak ni....muka dia sgt lost dan cm takut sbb tak tau arah. Aku dh tlg bg penerangan sebaik dan seringkas mungkin. Hopefully menolong~~aku cm nk tlg hantarkan smpi ke tmpt BasRapid ke bkt Jalil tu. Tp diri sdiri pn ngan beg yg berat dan aku br je bejalan dr situ. Cm tak larat lak nk patah blk.

Random: kenapa jerawat suka kat hidung aku?

Mood: penat+ngantuk+panas+lapaq == tdo sambil mimpikan makanan yg sedap.hahahha
Today's Song: Walking in Rain from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Monday, April 5, 2010

Kesimpulan yg Aku Dapat...[a long version. Sorry~]

1. Kalo dh pd awal drama/anime/movie tu dh pelik (girlfriend ko tiba² jdk kecik s'bsr barbie doll ATAU hero ader power yg bukan² ATAU watak heroin tu ntahapa² smpi tahap vampire) mmg ending dia pn pelik paling kurang tergantung. Tp secara teknikalnyer aku agak suka tgk cter yg begini. Tp make sure ianyer tak berapa berat (yg melibatkan krisis pelbagai pihak spt politik atau percintaan bersegi²) Kesimpulan; layan saje w/pn pelik.Erk....jgn smpi aku yg b'tkr pelik sudah~~

2. Sejauh mana, setinggi mana atau seBIJAK manapun arkitek atau designer itu belajo, dan secanggih mana pun design yang mereka hasilkan, namun jika tak mendatang'n faedah malah mendatangkan kepayahan kpd pengguna. Tak berguna juga. Mari kita tgk ini:
yer di North Court MidValley sudah ader busStop baru. Wah~~ design cntik, malah sgt canggih kan~~ tp mungkin mereka hanya pandai meREKA tp tidak tahu. Rekaan begitu sgt² tidak sesuai sebagai busStop. Tgk. Nk kata buleh melindungi dr cahaya sang matahari, dah ko wat dia see-through sah² la terbias juga cahaya dan kepanasannyer. BIJAK. Kemudian kita lht bentuk dia. Sah² kalo hujan mmg tak selamat dah ni. BIJAK. herm~ satu je kesimpulan; mereka hanya meREKA tp mereka sdiri tidak menggunakannya ATAU ntah² tak pernah pn tggu bas/teksi. Itu sbb mereka tidak tahu (minta maaf jika ader sape² terasa. Namun ia adalah kenyataan :p)


3. Korg penah dgr tak ayat ni: "Please remember to be in a bright room and away from screen when watching anime" Tu sbb aku sakit mata & sakit pala pas di paksa tgk How to Train Your Dragon oleh k.Tora kat TheGarden sabtu lps
Erk. Mari kita wat analisis di sini. Aku? TGK wayang? ATAU lbh spesifik lagi AKU? MASUK pawagam? Huhu.Bkn aku nk tp k.Tora la ni. terasa bersalah juga sbb dia br pas banje aku mkn². Strategi beliau yg berjaya K.Tora dpt 2 tiket free tuk premium seat? eh ntah aku tak sure tp yg pasti kalo nk tgk situ, menurut k.Tora harga tiket 2 kali ganda. Kalo biasa² harga tiket berapa? RM12/person? situ RM22/person. Dan aktiviti pujuk-pza-tgk-wayang telah berlarutan sejak lbh kurang 2 bulan lps setelah beliau dpt 2 keping tiket itu (-_-"). huhu. Neway, TQ to k.Tora sbb banje mkn dan tgk How to Train Your Dragon (best cter ni tp lg best kalo dpt ulang tgk 2-3 kali)

Grilled BBQ beef with Kimchi Soup. Pedas~~ trust me..Org Korea mkn pedas!!

Neway, itu adalah 1st time aku tgk cerita kat pawagam. Mungkin korg tertanya² napa selama hidup ini aku tak msk pawagam kan. Kalo korg nk cop aku "bdk tak up-to-date" aku tak kisah~~Aku mengaku ilmu tidak cukup kat dada. Namun aku tahu, ia bkn la satu tmpt yg baik tuk kita kunjungi. Dari pembacaan aku (yg tak seberapa itu) kita buleh pegi situ. Namun, b'gntung pd cerita apa yg d'tayang'n. Dan ngan sape kita pegi dan duduk. Malah tidak leka sehingga lalai dlm mengerjakan suruhanNya. Okeh~~mungkin ader beberapa percanggahan pendapat di situ. Sejauh yg aku tahu, sllunyer akan ader org "buat wayang sdiri" biler dh dok lam tu. Tp term "buat wayang sdiri" dh tak kira tmpt skrng. La ni. Lam bas? Kat taman²? malah ada yg berani je kat sekolah sewaktu cikgu takde lam kelas. Sabtu itu aku tgk ramai ibubapa bawa anak² tgk How to Train Your Dragon. Mngkin couple² tak suka tgk cter kartun. Dan seat kat dlm itu 2-2 sahaje. Sebelah aku, k.Tora. Aku agak lega sedikit d'situ. Tp pd aku wayang ATAU pawagam adalah tetap wayang. Kita tak boleh menganggap ia adalah satu tempat yg baik tuk di kunjungi. Yg pasti; aku rs takde la apa yg best sgt² smpi ader org² yg t'ingin nk pegi sekurang²nyer sebulan sekali ATAU biler ader cerita br yg d'tayang'n. Jika aku d'beri pilihan. Aku lg suka tgk DVD/CD/cerita yg d'donlot d'rumah dr tgk d'wayang. Yer, aku mengaku. Dgn surrounding sound , screen yg beso malah seat yg empuk (merujuk pd premium seat) mmg best. Namun, pas abis cerita, kita kuar dan habis situ saje. Malah m'buat'n mata bekerja lbh keras sbb tgk cerita dlm gelap. Jika DVD/CD at least buleh la nk ulang 1-2 kali ATAU pause sekejap tuk ke toilet ATAU korek² makanan² kat dapur dan lbh selesa t'golek² smbil melayan cerita.Hahahha Kesimpulannyer; Masing² dh beso. M'punyai pemikiran sdiri. Malah spttnyer buleh judge situasi. Pd aku? Lbh baik kita berusaha m'jauh'n diri dari tempat² yang kurang baik tuk d'kunjungi
(Apa² kita nk buat pertama; igt pd-Nya, dan kedua; pada kedua ibubapa.InsyaAllah akan d'jauh'n dr segala kemungkaran dan kesulitan)
[Wallahu 'Alam]


Random: Eh~~~ guruh² petir² tp tak hujan? Majide!!

Mood: Panas + Matlab == sakit belakang + bahu
Today's Song: Paretto from Arashi~♥

[+] Kalo berani expand la....

Friday, April 2, 2010

Salah Aku Ke?

D'pg² Jumaat yg mulia td
Sedang aku tggu bas tuk ke markas tmpt persembunyian.
...dan sedang telinga dok dgr Troublemaker dr 嵐,
Tiba² k.Tora tepon:

k.Tora: "Pza, td akak g ATM cimb. Ader notis kat skrin ATM kata sistem suma ATM cimb esok akan tergendala start dr kol 12mlm ni smpi esok kol 3ptg. Upgrade sistem?"
Aku: "uii nk kn g kuar kan duit sewa ri ni la?"
k.Tora: "ha'ar..kn la ri ni. Ko kan nk kuar'n cimb sok"

Okeh sbnrnyer aku plan baikk~~ nk kuar'n duit sewa esok saje since esok nk kuar ke KedaiRuncitKegemaran MidValley. Dan sebelom smpi ke markas, aku pn singgah la ke bank. Dan sejurus 10minit, aku tggu semula bas tuk ke markas sbb sedia maklum. Markas tempat persembunyian terletak lam nun di hutan sana. Mmg memerlukan kenderaan tuk ke sana. Aku selaku ahli markas yg tiada apa² kenderaan mahupun basikal tua, terpaksa la tggu bas itu.
10 minit.......


10minit jdk 20 minit....


20 minit jdk 30 minit++

Aku start tensen ni. Dh la panas. Bas ader tp x nk benti dan ader lak "Tempahan Khas" hapakah nk tempah² bas?
Dan seketika kemudian ader la sebijik bas ni. Aku tahan. Dan sblom nk naik, ngan ayat sgt sopan; aku tanyer pakcikBas itu:

Aku: "Pakcik, bas g markas x?"
PakcikBas: {x pandang langsung ke arah aku. Malah buat muka toya}
Aku: {t'pk: Maybe pakcik ni x dgr kot,So ulang tanyer} "Pakcik, bas g markas x?"
PakcikBas: {masih buat muka toya}
Aku: {masih lg t'pk: maybe dia x dgr kot} "Pakcik, bas g markas x?"
PakcikBas: "Awk nk ke mana ni? Nk naik ke x nk ni?" {dlm nada mrh}

Aik? td aku dok tanyer tuh hapa? Aku yg salah tanyer ke? Eh~~~ salah aku ke? X pasal² nk hangin² ko pehal lak wahai pakcikBas? Pg² Jumaat yg sgt mulia dh nk hangin² .Huhu. Ri tu ngan pakcikBas yg sama gak. Ader bdk t'slh naik. Habis kena sembur "Awk x nmpk ke bas ni nk g mana? Lain kali sblom naik tanyer lu" Tgk...tgk....aku dh tanyer sblom naik pn still kena marah...wahai pakcikBas, baik x yah bawak bas. P tukar keje lain. Bawak lori ke kontena ke...huhu ko x tensen, org² sekeliling ko pn x tensen.


Random: Hujan d'ptg Jumaat. Alhamdulillah~~

Mood: Tiada mood yg spesifik ri ni
Today's Song: Ichioku No Hoshi from Arashi~♥

[+] Kalo berani expand la....

Thursday, April 1, 2010

Yamato Nadeshiko Shinchi Henge

Yamato Nadeshiko Shinchi Henge atau Perfect Girl Evolution adalah manga yg mengisahkan 4org pemuda (Kyouhei, Ranmaru, Takenaga danYukinojo) yg tnggl menyewa dlm mansion yang mewah dan beso. Cerita bermula bila tuan rumah mereka, di mana mereka panggil Oba-chan (makcik) membuat perjanjian mereka berempat ni perlu mengubah anak sedara dia: Nakahara Sunako kepada seorg lady yg lbh b'sopan santun, lemah lembut, cantik dan disukai oleh suma org (ciri² seorg Yamato Nadeshiko). Dan sbg balasan, mereka tidak perlu membayar sewa, free. D'pendekkan cerita, bdk berempat ni pn setuju la ngan syarat² Oba-chan ni di mana mereka tidak tahu bahawa anak sedara Oba-chan, Sunako seorg perempuan yg pelik. Sunako berasal dr Hokaido. Pandai memasak, mengemas tp dia seorg gadis terlalu merendah diri dan pelik. Suka pada menda² yg gothic, vampire, Zombie, suka menyendiri dalam bilik sorg², suka dok lam gelap, suka menonton drama/movie yg seram² bunuh² thp maximaz dan mempunyai patung anatomy yg di beri nama: Hiroshi-kun.Akira-kun, Joshephine & John. Pd Sunako, empat patung anatomy ni la kwn baik dia. Sunako akan bercerita atau meluah'n perasaan kat patung² ni. Bagaimanakah plan Kyouhei, Ranmaru, Takenaga dan Yukinojo tuk mengubah Sunako supaya mejadi lady? Dan adakah mereka berjaya akhirnya?

Itu serba sedikit latar belakang cerita Yamato Nadeshiko Shinchi Henge. Aku layan versi anime dia since aku lg suka tgk gmbo bergerak dr gmbo statik manga kan hehehhe. Cter ni juga telah diadaptasi ke JDrama di mana main leads adalah Kamenashi Kazuya. Tp aku lg suka versi anime. Lbh best. Thp kesengalan watak Kyouhei tu lbh best versi anime berbanding live action.

p/s: Gmbo tuk Yamato Nadeshiko Shinchi Henge ni sila rujuk kat thread sblom ni.Okeh~~

Random: ☼Uiii mlm ni sejuk~~♥♥ best tdo hehehhe
☼2-3 menjak ni aku melayan anime berbanding JDrama.hehehhe
☼ader 2 lagi anime lam list tuk d'donlot dan d'layan heeeeeeee (^_^)v

Mood: ngantukzzZZz
Today's Song: Top Secret from Ohno Satoshi~♥

[+] Kalo berani expand la....