Tottemo ♥Daisuki♥ Doraemon

Showing posts with label Bersenam-kah?. Show all posts
Showing posts with label Bersenam-kah?. Show all posts

Monday, April 25, 2011

mari kita............Lompat!!!!!!!!!

Ah!! kakak² dan adik² sekelian hari ini chefPza.....eh silap..chefPza kuar bila main masak²...hahha. Hari ni...cikPza nk bg nota ringkasan mengenai: Lompat Tali? Bukan Lompat Tikam okeh~~itu kueh....hahahhaha
Ala~~korg.......kalo lam English d'pnggl: Jump Rope

Kebaikan:
- Mudah. *ini aku agak musykil...MUDAH ke? huhu*
- Menambah keyakinan.
- Membina kemahiran kecergasan & memperbaiki kelincahan, koordinasi, ritma, keseimbangan & kekuatan stamina.
- Menyeronokkan & mencabar. *mmg SANGAT mencabar*
- Meningkatkan tahap kesihatan jantung.
- Mempercepatkan kadar denyutan jantung & dapat mencapai sasaran Heart Rate Zone.
- Membakar lemak & kolesterol.
- Membina otot dan stamina.

Cara yg Betul & Praktikal:
- Lakukan aktiviti memanaskan badan & aktiviti regangan.
- Memastikan sukatan tali skipping mengikut ketinggian & kesesuaian masing-masing. (Pegang kedua-dua belah hujung tali & pijak tali tersebut. Kedua-dua hujung tali mesti berada diantara paras ketiak dan paras bahu anda)
- Cara memegang tali skipping ialah dengan meletakkan hujung haddle di tengah tapak tangan & genggam handle tersebut. Siku mestilah rapat dengan badan & pergelangan tangan hendaklah berada lebih kurang 20 hingga 35 cm dari badan & perlu sedikit ke bawah pinggang.
- Permulaan Melompat Tali :
Hayunkan tali & pusing tali di sisi anda.
Jika anda rasa sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusingkan telah mencecah ke lantai. Anda digalakkan melompat tidak melebihi 30 cm. Untuk permulaan sila pastikan anda melompat dengan bounce untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
-Masa: mengikut tahap individu. Tapi jika lompat 3minit berterusan tanpa henti setiap hari..pun sudah d'kira bagus.
- Aktiviti menyejukkan badan cooling down perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebarang kecederaan berlaku

Mari kita layan YTube ini lak:

Sungguh kagum ngan minah ni...ya la..sambil dia lompat²...sambil b'sembang²
Rilek.......aje...muka dia....huh!!
Sgt tinggi stamina dia kan~~~~~



p/s: Amacam? thread kali ni? hahahha *semangat betul cikPza kan~~*

Random: Ke arah jantung dan badan yg sehat~~~owh yeah


Mood: ~~~Idea tu dh ada....idea~idea~kena melaksanakan saje~~itu yg MALAS!!

Today's Song: Caramel Song from Arashi

[+] Kalo berani expand la....