Tottemo ♥Daisuki♥ Doraemon

Thursday, January 3, 2013

Es Kerim Saya

Orang makan kek.....aku makan Es Kerim
Selamat Hari Lahir Pza-chan





p/s: sendiri beli....sendiri makan la

Random: Nanti² la aku buat kek utk diri sendiri pula....hahaha


Mood: Gemuk la mkn EsKerim
Today's Song: Feel My Soul from Yui 

[+] Kalo berani expand la....

Hari Pertama [versi 2]

Smlm aku ceritera pasal hari pertama aku di sekolah & tadika kan? Mari aku ceritera BigBro (Hafiz) ke sekolah pula

Arakian, BigBro jarak usia dia 2 tahun tua dari cikPza. Maka sememangnyer lah dia akan daftar tadika, masuk darjah 1 awal dari cikPza kan~? Tak kan la plak cikPza yang akan daftar dulu~? Melainkan kalo cikPza ini dilahirkan sebagai insan yang se-genius²-nyer.....malangnyer, cikPza tak genius okeh

Hari pertama BigBro b'tadika, well...off coz la aku tak ingat....masa itu umur baru 3 tahun...tak ingat lah!!
Tapi sewaktu BigBro bertadika untuk tahun kedua (umur 6 tahun) aku ingat sedikit....setiap kali BigBro balik dari tadika, dia mesti akan buat ayat camni "Hari ini abang ada belajar......" dan ayat berikut mesti "Meh abang ajar kan...." hahaha~waktu itu dia membahasa'n diri dia "abang" yer lah...budget BigBro kan~~
Maka, setiap kali BigBro balik dari tadika, dia akan ajar adik dia yang sorang ini apa aje benda² yang dia belajar kat tadika. Dari basic mengenali huruf, nombor, mengira....sampai la menyanyi².....hahaha bagus betul... semua la dia ajar. Gigih walaupun adik dia ni tak berapa nak faham pun...mungkin dia tengok adik dia ni bosan dok kat umah kot....

Nak di jadikan cerita, suatu hari BigBro balik dan seperti biasa dia buat ayat "Hari ini abang belajar tulis nama....meh abang ajar kan" Adik dia yang berumur 4 tahun ini gigih la memegang pensel kontot di tangan kiri *yer...setiap kanak² mmg lumrah akan cenderung menggunakan tangan kiri. Ibu Bapa yang kena didik supaya anak² menulis tangan kanan, makan tangan kanan dsb...tp kes aku, walaupun banyak kali mak ayah ajar tulis tangan kanan, aku masih pakai tangan kiri sampai tadika, setiap kali mak ayah ajar menulis, akan ketuk tangan aku....supaya aku guna tangan kanan...kenapa kita kena ajar anak menulis tangan kanan? menurut ayah, jika menulis tangan kanan, setiap huruf yang kita tulis akan dapat pahala* mengikut la huruf² yang BigBro kata sebagai "nama" dia....walaupun ketika itu aku tak kenal lagi A.B.C, tak reti membaca tapi aku berjaya juga tulis nama dia...habis la kertas conteng² itu aku tulis nama "H.A.F.I.Z" dengan betul sekali. Bila tengok kertas conteng² itu dah kehabisan ruang...aku ternampak la dinding rumah yang putih bersih seperti kertas juga. Maka, aku pun menulis lah "H.A.F.I.Z" di situ....bukan satu...tapi banyak² "H.A.F.I.Z" okeh...yer la nk praktis.....bila siap buat grafiti *cough: conteng* kat situ, aku akan wat signature "H.A.F.I.Z" *budget cam nama sendiri lah kan~~haha
Saat bila ayah balik dari kerja...kepenatan...tertengok plak dinding rumah terus la hangin
Ayah: "hafizzzzzzzz~~~ini apa conteng² dinding ni?"
BigBro: "bukan abang~~bukan abang~~pza yang buat...dia yang tulis~~" *dengan mata berkaca² tergagap²... ketika itu, ayah sangat garang. Setiap kali ayah balik kerja, kami adik beradik akan dok diam aje samada buat kerja sekolah atau tengok tv....haha*
kena sebat sekali.. Kesian..hahahha
Mak: "ini pza la tulis ni..."
Ayah: "tak kan la? adik kecik lagi...mana reti...ni eja betul H.A.F.I.Z ni~~?"
......dan ayah mmg tak percaya itu kerja aku....sehingga lah suatu hari, ayah ternampak aku sedang conteng dinding....pastu sign "H.A.F.I.Z" haaaaa~~aku kena caught red handed lah bak istilah english~~haha
Sejak hari itu, gigih la ayah mengajar aku tambah "A.H" kat hujung "H.A.F.I.Z" supaya jadi "H.A.F.I.Z.A.H"...tapi beberapa kali ayah ajar...aku akan tulis sampai "Z" aje~~hahaha banyak kali aku dengar ayah sebut "itu bukan nama pza....ini nama pza...tmbah ini...kenapa tak nak tambah?"

Bermula la episod² aku gila nak menulis. Habis semua huruf² dari surat khabar, majalah, buku... aku akan ikut *waktu tu...takde pun sape² beli buku yang latihan tulis huruf ikut titik² tu...* aku praktis sendiri konon nyer....waktu itu, tak reti membaca sepatah haram pun...tapi reti pegang pensel & menulis...hahaha..sampai tahap, walaupun huruf dalam surat khabar itu terbalik, aku ikut juga. Ye lah...nama pun copy....kita copy aje la walaupun terbalik kan~~~ Ada satu perstiwa, nekAji *arwah nenek sebelah ayah* mengadu kat emak "Apa nak jadi anak ko ni? menuuuuulis aje keje dia~? tgk...terbalik pun dia tulis" dan ada satu ketika itu, aku copy perkataan² dari surat khabar secara terbalik *imej cermin* nekAji pun buat ayat "pi check budak ni.....kenapa dia tulis terbalik camni...mata dia ada masalah ke?" Alhamdulillah cucu dia normal

Arakian, mak pun siap'n sebuah buku latihan khas untuk aku, kat situ mak tak ajar pun aku A.B.C, tapi mak terus ajar macam mana nak tulis nama *sikit nyer advance terus belajar tulis nama~~~haha* Bukan nama pendek, tapi nama penuh siap binti nama ayah sekali...panjang woo...tapi berjaya juga aku tulis. Ketika aku masuk tadika, bila ada kerja² melukis ke, menulis ke, aku akan tulis kat kertas itu dengan nama penuh siap binti...cikgu terkejut sebab? sebab budak kecik ini tak reti membaca...tapi reti plak tulis nama penuh~??? hahahha







p/s: Kyou wa, san jyu sai desu~!!! Omedetou, atashi ne~~~~

Random: sedikit punya panjangggg~~~aku menaip~~hahaha chillz people~~

Mood: Tiada spesifik~~~
Today's Song: Doko ni Demo Aru Uta from Ninomiya Kazunari

[+] Kalo berani expand la....

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama


Hari ini, hari pertama persekolahan bagi sesi 2013, hari pertama juga bagi mereka² yang baru nak kenal dunia (a.k.a budak berumur 6 & 7 tahun) yer lah....hari ini, hari pertama mereka ini masuk alam baru. Bagi adik² (er....adik² ke~? ke taraf anak² dah~?? hahaha LOL) yang pertama kali ke tadika, atau pertama kali ke darjah 1, atau pertama kali merasa pengalaman baru di sekolah, tahniah diucapkan. Semoga kalian akan terus gigih dan berusaha belajar bersungguh², menjadi insan yang cemerlang & terbilang kelak. Amin

Bila sebut² pasal hari pertama persekolahan, aku teringat sewaktu hari pertama persekolahan aku juga. Hurm...ingat² lupa sebenarnya. Tapi seingat aku, aku takde la sampai menangis², takde la sampai Mak Ayah nak kena tunggu kat luar kelas sampai habis waktu persekolahan, takde la pula aku nak dok tersedu² kat corner bilik darjah. Kira aku ni kecik² dah tuff la. Siap "bye² ayah.....bye²~~" Hahaha terbalik kan...sepatutnya ayah la bye² anak yang dok dlm kelas, ini aku plak bye² kat ayah.

Tidak, sebenarnya.....kenapa aku tak menangis? Kerana boleh dikatakan suku dari budak² dalam kelas tu kawan² aku sama masa di Tadika Kemas Perpaduan Pandamaran Jaya. Jadi aku takde la rasa sedih ke....nak nagis ke...sebab dah kenal dengan budak² sekeliling. Haha

Kenapa Mak Ayah tak tunggu kat luar kelas? Waktu itu, ayah masih bekerja di Pelabuahan Kelang, Oleh itu, lepas ayah hantar aku kat sekolah dan daftar kat Kelas 1 Hijau *tak ingat plak bigBro aku waktu itu camner~~haha* ayah kena pergi keje. Tak macam sekarang, MakAyah nak kena amik cuti untuk daftar anak. Mak plak busy dengan urusan di rumah, dengan adik² yang masih kecik² lagi waktu itu...mmg takde masa la nak layan anak dia yang ini kan~~~*menjadi anak kedua...pandai² la survive~~* Tapi sebelum ayah keluar dari kelas, ayah sempat b'pesan dengan cikgu "Cikgu, anak saya ni kecik & rendah, tempat duduk dia saya minta tolong sangat dapat la kat depan sekali" Yer.....aku mmg dok depan sekali dalam kelas. Haha....dan pesanan yang terakhir sekali sangat best "kalau anak saya ni nakal², tak mau dengar cakap, cikgu rotan aje...saya benarkan, saya tak kisah" haaaahahaha~~ dan pesanan ini juga la ayah bagitahu kepada setiap cikgu kepada anak² dia yang lain.

Memori hari pertama persekolahan aku takde la tragik sangat kan~~. Memori masa tadika tragik la juga...tapi kategori suam² tragik. Masa ayah hantar untuk daftar aku kat tadika itu, ayah bawa Ain sekali. Waktu tu ain b'umur 3 tahun *yer, aku bertadika 2 tahun dari umur 5 tahun. Mungkin MakAyah tak larat nak jaga anak ramai² la tu....tu kena masuk tadika awal~~hahaha* Ain kecik aje. Ayah bawak kami naik motor. Masa kali pertama jejak kaki dalam tadika itu, Aku pegang hujung baju ayah tak nak lepas², selepas urusan pendaftaran selesai, tiba² cikgu tu tarik tangan aku, bagi ayat pujuk² dengan senyuman...aku toleh belakang tgk ayah jalan berundur sambil dukung Ain...dan dah sampai pintu~? *bila t'ingat balik mmg lawak~~hahaha* Aku jerit "Ayah~??" cikgu pun pujuk² lagi. Takde la menagis tapi air mata bergenang² la juga. Mata berkaca²~ haha...bila dengar bunyi motor ayah, aku pun terus berlari ke tingkap dan jerit "Ayah~~Ain~Ain~~AIN!!" sambil lambai² tangan. Series lawak......berdrama bukan main lagi. Sedang kan kalau kat rumah...Ain itu adalah mangsa buli aku ngan Apis~~hahaha..tapi  sampai situ aje la berdrama pun. Lepas² tu aku pun lupa segala yang sedih² sebab leka.... almaklum, tadika itu ada banyak mainan~~~hahaha




p/s: SELAMAT TAHUN BARU 2013

Random: Masuk tahun baru, umur b'tambah lagi satu tahun


Mood: Ngantok lah~~~ zzZZzz~~
Today's Song: Koe Wo Kikasete from BigBang 

[+] Kalo berani expand la....