Tottemo ♥Daisuki♥ Doraemon

Saturday, February 20, 2010

Tokyo Dogs

Apakah itu Tokyo Dogs? Korg tau tak? Penah dgr tak?
Ia adalah JDrama yg aku br je abis layan 2 minggu lepas. Best cerita ni. W/pn certa ni 2009, tp x terlambat laie kalo nk layan. Cerita pasal polis->detektif->geng yakuza->dadah. Leads adalah Shun Oguri, Mizushima Hiro & Yoshitaka Youriko. Owhh~~~ suka btl Shun Oguri lam cter ni. Sgt2 kakkoi la :L sgt macho pakai vest, suits dan jaket labuh itu hahhahahha Sblom ni kita tgk Shun Oguri berambut panjang dan kaler bleach kan? Lam cter ni rambut dia kemas, pendek dan hitam (sbb bwk watak sbg detektif unit siasatan khas NYPD)


Hiro, Shun :L & Youriko


Takakura So.....chou kakkoi :z

Sneak peek:
B'mula ngan scenes tembak menembak di Amerika tuk tumpaskan aktiviti pengedaran dadah geng Yakuza yg d'ketuai oleh Jinno. Tp akhirnya, Jinno x dpt d'tngkap juga malah Takakura So (Shun Oguri) di arahkan tuk pulang ke Jepun semula & tiba2 muncul sorg perempuan yg hilang ingatan d'tempat kejadian yg b'nama Yuuki (Youriko). Plot berikutnya adalah bagaimana Yuuki perlu mengingati semula peristiwa di Amerika kerana dia mungkin berkaitan ngan Jinno dan saksi utama. Seterusnya, bagaimana So dan rakan sepasukan baru; Kudo Maruo (Mizushima Hiro) melindungi Yuuki, dan dalam masa yg sama menjalan'n sisatan tuk menumpaskan Jinno serta menyelesaikan kes2 domestik. Cerita ini; aku boleh katakan sbg genre misteri & suspen :D . Kerana ada misteri d'sebalik latar belakang Yuuki dan misteri identiti Jinno juga diselit sedikit lawak yg best dari Maruo terutama bila dia tak puas hati ngan So. Sgt2 menarik tuk d'layan. Owh ya, OST dan sountrack sgt2 best.... ;)



p/s: Aku rs, aku bg sneak peek ni ringkas.... (kang kalo aku cerita dr episode1-Finale, tak d'panggil sneak peek lak kan~~ :D )

Random: Cter Smile, You lagi 5 episode nk finale.....dan skrng tgh layan Slave Hunter {Chuno} lak....gilos~~ :p

Mood: panas~~~d'tmbh lak ngan ader sape ntah karaOK ptg2 ni lg tmbh panas~~~ huhu
Today's Song: Truth from Arashi

4 comments:

missgee said...

Pza..
Makanan Jepun..
Movie Jepun..
Ko patut tinggal kat Jepun..
so apa kata ko cari suami
orang Jepun?? hehehehehe..

HaZiFah said...

hahahhaha
minat sahaje
xde la smpi nk kawen :p

Anonymous said...

Citer nie memang best , dah tengok sampai finale . Memang puas hati arrr .

Pengajaran : Sila off handphone anda bagi mengelak daripada mendapat panggilan ketika sedang menjalankan misi .

HaZiFah said...

kan kan kan
best hehehehe

p/s: paling kelakar gelak tahap golek2 yg part Mak dia salah term antara "Tiramisu" ngan "Pilate" hahahha