Tottemo ♥Daisuki♥ Doraemon

Saturday, November 13, 2010

JAPERUN

Korg tau apa itu JAPERUN? ishk...JAPERUN la...JAPERUN...itu pn tak tau? Apa raa~~~
JAPERUN adalah sejenis menu mkn'n Jepun, di mana bahan utamanya adalah sejenis ikan segar. Yang perlu di masak selepas 10 minit di tangkap. Dan bahan sampingan dia adalah sejenis tumbuhan herba renek yang hanya boleh didapati di bahagian sebelah utara Gunung Fuji. Lihat betapa hebatnya bahan yang diperlukan hanya untuk memasak menu JAPERUN ini. Rasa dia susah untuk aku describe kat sini. Herm, boleh jadik hampir kepada asam pedas? kari? ke masak lemak cili api?
..........ye ke? Hait....chigaimasu!!!~~ hehee
.
.
.
.
.
.JAPERUN adalah nama dewan orang ramai untuk semua kawasan ADUN di seluruh Melaka yang di sediakan oleh kerajaan negeri. Nama pn dewan org ramai, jd korg pn bleh agak la kan...apa kegunaan dia secara am: Mesyuarat kg, majlis kawen, majlis karaoke bersama ADUN atau YB (erk karaoke? harharhar), tempat bdk belajo taekwando, tempat beriadah serta mnyk lg penggunaan dia....dan sekarang fungsi dia sudah d'upgrade bak kata ayat glemer: sudah ada wifi. Setiap JAPERUN di Melaka telah ada wifi percuma untuk penduduk kg. W/pn penggunaan dia rata-rata dari golongan remaja dan ke atas, namun bagus juga ada wifi. Tp kalo nk guna kena duduk kat dalam JAPERUN. Depa dah set kan radius wifi tu cuma bleh guna kat dalam aje. Kalo ko dok kat luar pintu, ada la satu bar..atau kadang² tiada langsung. harharhar.

Kenapa JAPERUN hari ini? Dan kenapa tiba² aku nk b'cerita pasal JAPERUN lak?...sbb aku t'igt dialog antara aku dan Hafiz, abg aku:

Hafiz: "wah..Najib ngan Ahmad skrng wifi kat JAPERUN ek " (sambil bg signal ke kanan, nk memotong kenderaan depan)
Aku: "a'ar...diorg kata laju juga"
Hafiz: "aku tgk bdk² tu mlm² pn g JAPERUN online? "
Aku: "a'ar...tapi aku tak sure lak samada pagar JAPERUN tu bukak mlm². Rasa² diorg panjat pagar la tu...lg pn cuma bleh pakai kat dlm JAPERUN. Kalo kat luar satu-dua bar aje...kot"
Hafiz: "owh ek? aku br nk tanya kat umah kita dpt tak wifi tu~"
Aku: "hahhaha tak dpt!!"
Hafiz: "eh...JAPERUN tu singkatan dr apa? " (sambil menekan break sbb jammed)
Aku: ........(tersenyap)
Hafiz: "U-N kat belakang tu Undangan Negeri..J-A-P-E-R tu apa? "
Aku: ........(masih t'senyap memikirkan jawapan)
Hafiz: .......(tersenyap juga mungkin memikirkan jawapan)
Aku: .........(sama² tersenyap juga)
...selang seminit kemudian
Aku: "Aku penah tau suatu ketika dulu² lupa dah"
Hafiz: "ah~nnti la check...huhu "
Aku: "harharhar...apa la"

Terkesima kami untuk mencari jawapan dia~~lawak..tersenyap cam tgh memikirkan masalah negara~~
Oleh itu, korg tau tak apa nama penuh JAPERUN?
Nama penuh beliau adalah: Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri.
Panjangkan~~~mmg la aku susah nk igt.harharhar

Ya~~MELAKA MAJU 2010~~!!!



p/s: chigaimasu = salah *formal*
jika tidak formal: 'chigau yo' atau 'chigau wa'......ikut penggunaan

Random: Pergh...kalo telan ubat tu mmg aku tdo tak igt dunia~~huhu


Mood: perlu basuh bj...ya...perlu!!!
Today's Song: Blue from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Sunday, November 7, 2010

Alahai...Suka sangat²......kat dia...

Ya!! saya suka dia...dan dia juga suka kat saya....
Kami mula berkenalan sejak 2001 lagi...saya ingat lagi, ketika itu, di Matrikulasi Melaka. Ya, sudah hampir 10tahun kan perkenalan kami...Sangat tak sangka~

Mula² tu saya cam agak segan² tuk mengenali dia...sifat dia yang sangat teratur serta selalu mengikut logik...itu la yang saya suka...walaupun kadang² saya yang salah, dia selalu diam aje..tak penah nak marah kat saya balik....dan diam² dia...supaya saya mencari kesalahan saya sendiri...dia mengajar saya supaya pandai menilai kesalahan diri sendiri...dan memastikan tak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang...w/pn kadang² tu...saya pasti akan mengulangi kesalahan yang sama juga~malah berulang² kali....tapi dia tetap begitu...maintain cool Tu sebab semakin hari...semakin saya suka kat dia...

Owh..saya sangat² kecewa bila kadang² dia juga ada wat salah kat saya...lantaran dia membuatkan saya sakit kepala dan tidak dapat tidur malam ngan lena serta bermimpi yang indah²...ada sekali tu....sampai mengigau² sebut² kan masalah yang dia bagi kat saya *k.Tora ada sebagai saksi waktu itu*

Kini, dia masih lagi setia bersama-sama dengan saya. Dan saya masih suka dengan dia. Nak berkenalan dengan dia? Ya....nama dia pengaturcaraan....atau nama glemer dia: programming.
Saya
"suka"...."SANGAT SUKA" programming *ya...saya perlu sebut ayat ini setiap hari. Jika tidak saya akan jadi gila...huhu*



p/s: Apakah aku mengarutkan nieh~~??

Random: Yay!! PV Hatenai Sora sudah kuar~~suka.suka.suka


Mood: Apakah mood hari ini? *blank*
Today's Song: Hatenai Sora from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Friday, November 5, 2010

Aktiviti Gemuk

Mari kita menggemukkan badan dengan mkn benda²
seperti ini hari ini


{......dan juga sakit gigi}



p/s: itu aje update utk hari ini...Sekian

Random: #1. Bila mau kuar PV Hatenai Sora nieh~~???
#2. Yay!! new update chapter166 for Manga: Skip Beat *owh Ren~~♥♥*


Mood: tdo-mkn-tdo-mkn-dan-tdo lg...huhu
Today's Song: Over from Arashi

[+] Kalo berani expand la....

Sunday, October 31, 2010

Tahniah buat Beliau [Part2]

Mari cerita pasal kisah d'sebalik tabir lak. Hehehe

Pagi semalam, sejurus pas sampai di GMI itu, langit mendung dan seketika kemudian terus hujan lebat selebatnya la...dah la design antara bangunan kat GMI tu takde susur gajah~~tempat agak baru...jd menda² cmneh maybe mereka tak terpikir lg la kot tuk tmbh. Dlm hujan lebat tu, Aku, Apis ngan K.Anis layan bihun goreng Cina+KueyTeow kat kafe kat bangunan akademi mereka. Dan Najib lak, t'paksa tahan lapo sbb tak bleh nk bg roti kat dia waktu tu *maybe Apis bg kat dia masa lam dewan..huh selamba mkn ye kamu masa tgh org bg² diploma~* Majlis konvokesyen mereka mmg tiada pesta² cm U lain. Pesta? hah tu la maksud aku Pesta Konvokesyen *kalo kat UM panggil Festival Konvokesyen* U lain aku tak tau panggil apa. Di pendekkan cerita. Mmg takde gerai² jualan langsung...yg ada cuma itu la...org jual bunga *di mana aku rasa agak mahal berbanding harga bunga kat konvo UM* Suma manusia yg ada mmg serbu kafe itu semalam. Kiranya, peratusan keuntungan tahun ini bg kafe itu adalah t'tggi kot semalam...hehehe

Kunun²nya cuma boleh 2 org aje masuk lam dewan itu...aku yg ikut aje lurus bendul tentatif lam surat tu, tggu la mereka² ini habis b'konvo kat kafe itu...dan series...bosan!! korg bayang'n...selama 2jam itu aku tercongok sorg² kat kafe tu melayan rancangan memasak astro kat tv...sejurus pas 2jam tu dpt lak sms dr Apis kata bleh masuk sbb org ramai kuar masuk. Hah ni satu lg...org² ini tak paham agaknya..dok kuar masuk dewan..tak tunggu sampai majlis selesai...huh..tp aku berjaya juga menyelinap masuk dewan..dan layan la sekejap majlis tu...yg paling menarik perhatian aku, penerima anugerah paling cemerlang GMI tahun ini. Seorg perempuan. Selain dpt anugerah, beliau juga dpt duit saguhati berjumlah RM3K...Korg tau tak populasi perempuan kat GMI tu sgt la sedikit. Majoriti lelaki. Dan korg bleh kira dgn jari aje berapa org perempuan dalam satu² jurusan. Aku mcm tersenyum bila k.Anis wat ayat "Last² perempuan gak yg dpt terbaik..kan? " hehehe ~~projek akhir tahun beliau juga dpt projek terbaik kategori jurusan. Dan kumpulan projek beliau dapat RM2K sebagai saguhati...wah~~mnyk juga GMI dpt sponsor. Mana taknyer. Setiap projek terbaik mmg akan dapat sponsor duit saguhati dari syarikat yg besar² juga. Setiap pelajar yg cemerlang pn dpt duit saguhati.

Lepas habis majlis itu. Aku pn paksa encik Najib ini bergamba. Punya la mula² beliau takmo pegang bunga yg kami beli tu? "Apa ni...muka ganas pegang bunga? hish.." kami kata "Pegang!!! Beli tuk ko. Tak kira..Dh² jln² jom amik gmba" hahhaa dan mula sesi amik gamba lak. Nak tak nak. Beliau kena begamba juga ngan bunga tersebut. Aku? korg pn tau aje la bila aku jdk tukang-amik-gamba cmner kan~~ suh posing cmni..posing cenggitu...hahhahaha


Ini antara yg aku suh mereka posing. Cmner ayat mereka? "Nih hapa lak nk posing ngan bunga² ni? Alahai~~muka ganas ni..." tp kamu semua senyum juga kan? Dan aku paling suka gamba ini

Selepas majlis itu, cuaca bertukar sgt cerah ceria. Panas. Dan oleh kerana GMI tu br berusia lbh kurang 2 tahun kat Bangi, pokok kurus² lg. Tak berapa rendang..dan tempat² tuk amik gmba pn terhad. Cm takde menarik langsung. Taman² ke mmg takde sgt...dan perlu la kan GMI tu suh suma pelajar memulang'n jubah hari itu juga? Hahahaha giler ekspress...kalo cam aku dulu siap bleh bwk blk kg, begamba ngan adik² yg tak dpt p konvo aku...tp itu la...setiap tempat lain caranyer...tak sama....

Bila beliau dh jumpa ngan geng² beliau, mmg la lama...dan gamba paling mnyk adalah gamba beliau ngan kwn² beliau saje. Gamba kami bersama beliau?...cuma 5 keping aje? huh...takpe la...at least ada la juga. Itu pn nasib baik la aku t'igt tuk amik gamba berempat sebelom dia nk pulang'n jubah smlm...kalo tak...takde la gamba berempat~huh




p/s: Siap smbung ke Part2...panjang kan~~...hehehhe layan~~

Random: Mana hosmate aku nieh? Tak smpi² laie? Dh kol berapa nieh?


Mood: Ngantuk dah~~
Today's Song: Kimitte from Kana Nishino *berapa kali ulang dah? tak igt*

[+] Kalo berani expand la....

Tahniah buat Beliau [Part1]

Tahniah buat encik Muhammad Najib Bin Mohd Nasir di atas majlis konvokesyen beliau di German Malaysian Institute, Bangi semlm. Selamat sudah beliau memperolehi segulung diploma...moga² beliau dpt menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda dan tinggi lg pada masa akan datang. InsyaAllah. Cita² beliau, jika ada rezeki, untuk menyambung pelajaran di luar negara. Bukan di German, tapi..."Jauh lagi Kak. Seberang dunia plan Nak merantau ni" bak kata kawan beliau yg bernama Faris. Seberang dunia belah mana tu...aku pn tak la pasti kan~~kamu nk ke Euro ke? hahahha Ya la. Aku doa'n agar cita² dan impian kamu semua tercapai. Amin. Tapi andai kata rezeki kamu semua tuk sambung dlm Mesia...ok juga...U lam Mesia ni pn ok juga....nnti takde la aku dok dengar ayat "Igt seronok ke belajo kat sini? ha? " ini kata² hikmat dr cikAin suatu ketika dulu². Sekarang kata² hikmat dia sudah b'tukar menjadi "Igt seronok ke keje cmni ha? " hehhehehe


Najib (kiri) bersama kwn baik beliau: Faris

Apa² pun. Bagi setiap insan itu, InsyaAllah, ada rezeki masing² yg telah d'tentu'n olehNya. Akhir kata, moga cita² kamu semua tercapai.....dan.....bila dh gaji beso² sok jgn lupa hutang ko ngan aku wei...hahahha kata janji nk bayo triple kan~~~



p/s: Smlm berboling kat Alamanda kol 11 mlm...then g berwayang lak smpi kol3 pagi...giler btl la kalo ikut pala otak abg aku yg sorg tu~~hishh

Random: Kenapa aku rasa sgt syahdu bila dgr lagu Kimitte dr Kana Nishino? Tiba² t'igt kat Sumarlina.Suhaimi ngan Hasmuni.Mahmud~~


Mood: Sakit tulang belakang, sakit tgn kanan, serta rasa kemalasan *complete set*
Today's Song: Kimitte from Kana Nishino *lagu pasal friendship*

[+] Kalo berani expand la....

Wednesday, October 27, 2010

Kame-kun and Neko-chan [Part1]

Mari layan cter kisah yang tak seberapa dongeng.....

Pza-chan's Production....presenting~~!!!!
Jaaaaaa...Janggggg!!!!
Kame-kun and Neko-chan *drumroooollllsss~~~*




......to be continued.......



p/s: Kame == Turtle; Neko == Cat

Warning: Segala hakcipta gmbo kat atas adalah hakmilik harta persendirian Pza-chan @ hazifah


Mood: Ngantuk....w/pn hari ni dh terlalu mnyk tdo...kenapa ek?
Today's Song: Hatenai Sora from Arashi

[+] Kalo berani expand la....